Saturday 6 August 2016

7 Tip Didik Anak dari Prof Muhaya

Kredit: Kasihbondamama

1. ✿ 。 Harus bercakap dan menerangkan kenapa kita melakukan sesuatu. Jom ibu muda semua renung diri dan bayangkan 20 tahun lagi apa anak kita akan jadi dgn ketidaksabaran kita hari ini. Prof Muhaya berkata, orang yang tidak yakin diri, maka dia tidak yakin dengan kebesaran Allah SWT. Sebab itu, tugas ibu bapa adalah untuk menjelaskan tentang asal usul manusia yang bermula dari alam roh,rahim, dunia, barzakh dan kiamat. Fahamkan kepada anak-anak.

Hentikan sebut ' saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri. Buang sifat mengeluh merungut mengumpat

2. ✿ 。 Pelaburan paling baik ialah mendidik jiwa anak anak dgn akidah ibadah dan akhlak yang baik. Jom audit aktiviti kita hari ini ke arah mana.

3. ✿ 。 Cari benda yang kita akan bawa ke kubur nanti bukan apa kita akan tinggal.
Cuba renung apa akan jadi pada anak jika di marahi dan dipukul terutama jika belum berakal sebelum umur 7 tahun. Objektif atau tujuan menjadi ibu bapa mesti kita faham? Untuk apa?. Jawapannya untuk pencen kubur. Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk menjaga akidah dan akhlak anak-anak. Sebelum itu, ibu bapa terlebih dahulu mengetahui tentang akidah dan akhlak yang betul. Acuan pendidikan adalah agama dan contoh Rasulullahlah SAW.

4. ✿ 。 Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan didalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yg di tonton di media massa dan alam siber. Ramai ibu bapa mengeluh: “Eh, mana ada masa nak menguruskan anak-anak. Kerja balik lewat...macam mana?”.
Pengurusan masa ibu bapa seharusnya bijak. Masa itu ada. Ibu bapa cuba audit berapa banyak usaha kita mendidik anak anak menjadi pemurah dan berkasih sayang. Lihat layanan kita pada pembantu rumah. Anak anak akan buat apa dia lihat bukan apa kita cakap.

“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”. -Dr Muhaya



5. ✿ 。 Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. Hentikan menjadi ejen penyambung fitnah. Sentiasa fikrikan bagaimana keadaan kita ketika menghadapi sakratul maut nanti.

6. ✿ 。  Kemuncak hidup kita untuk mendapat husnul khatimah. Lihat setiap fikiran dan perbuatan kita hari ini. Itulah magnet diri kita dan jika magnet diri kita buruk kita akan menarik situasi buruk.

7. ✿ 。  Selalu tanya pada diri, apa yang diri dapat daripada mempercayai sesuatu berita buruk dan menyebarkannya. Lihat dalam mata anak kita dan bayangkan apakah hasil kehidupan dan buah yang mereka akan tuai hasil daripada apa yang kita semai pada hari ini. Moga Allah memelihara kita semua.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...