Wednesday 17 August 2016

Dunia Penyusuan Obsesiku

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim


Dahulu sebelum berkahwin saya tidak tauhu pun wanita bekerjaya mampu memberikan susu terbaik tanpa perlu bercuti @ berhenti kerja. Yalah tengok ibu kita yang tidak bekerja sudah tentu 24 jam dapat susukan anak berbanding kita yang bekerja. Kalau kita yang bekerja ini, pasti memilih alternatif susu formula. Itulah pemikiran saya yang memang tiada langsung ilmu penyusuan ketika itu.


Sehinggalah saya mula bekerja tahun 2010, berkenalan dengan seorang teman sekerja. Semasa itu saya mengandungkan anak sulung. Saya kagum dengan teman saya ini, rajin sungguh dia mengepam susu di sekolah. Tidak sangka boleh bagi susu ibu juga pada anak walaupun bekerja. Bermula daripada itu, saya memasang niat ingin susukan anak selama 2 tahun.


Bermula episod 'kerajinan' saya mengekplorasi ilmu-ilmu penyusuan. Dari itu saya belajar banyak manfaat menyusukan anak dengan susu ibu. Ya Allah bersyukur sangat maklumat itu dapat sebelum melahirkan hero pertama saya.


Akibat kerajinan mengekplorasi ilmu di hujung jari menjadikan saya sangat NEKAD. Ish mana nak cari susu yang kaya dengan antibodi dan lengkap keperluan nutrisi. Tiada di mana-mana susu di dunia ini mampu menandingi kebaikan susu ibu. Sebab sayang anak saya mahu menyusukan anak secara eksklusif, in shaa Allah.


Bagi saya susu ibu terlalu HEBAT sebab Allah yang anugerahkan kepada kita lebih-lebih lagi memberi minum anak dengan susu ibu adalah hak mereka. Ini antara sebab saya TIDAK mampu untuk TIDAK memberikan anak saya susu ibu:





Susu ibu mengandungi beberapa elemen untuk melawan jangkitan kuman bagi menghindari bayi daripada pelbagai jenis penyakit, antaranya seperti berikut:


  • LAKTOFERIN yang bergabung dengan zat besi bertujuan mencegah perebakan bakteria usus.

  • IMMUNOGLOBULIN (IgA) dan SEL DARAH PUTIH yang bertindak melawan kuman dalam tubuh. Kandungannya yang tinggi di dalam kolostrum yang merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus.

  • PROTEIN, VITAMIN A & E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.

  • FAKTOR BIFIDUS yang membantu pembiakan bakteria BAIK, laktobasilus melindungi usus bayi daripada bakteria JAHAT (patogenik).

  • LIMFOSIT & MAKROFAJ membantu melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh bayi.

  • AGEN ANTIKERADANGAN melindungi bayi daripada keradangan yang teruk.

  • ANTIBODI IBU melindungi bayi daripada jangkitan kuman.

  • FAKTOR PEMBESARAN seperti selenium, karotenoid asli dan nukleotida membantu perkembangan dan kematangan sistem imun (sistem pertahanan tubuh) bayi.

Siaran web Pubmed Medline menyatakan bayi yang tidak diberikan susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding dengan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.


Apalagi yang terkandung dalam susu ibu ?


PROTEIN

Kandungan Protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah diHADAM dan dapat digunakan dengan CEPAT oleh tubuh bayi.
Sekiranya bayi diberi susu formula/ Nestum, Protein yang terdapat dalam susu tersebut boleh mengGANGGU sistem pencernaan bayi kerana penyerapannya PERLAHAN dan SUKAR DICERNA oleh sistem pencernaan bayi.

Sesetengah bayi mengalami RUAM seluruh badan, CIRIT-BIRIT serta masalah lain yang membahayakan bayi apabila diberi susu formula.

Terdapat 2 jenis Protein utama dalam susu ibu iaitu KASEIN dan WEI.

Kasein protein mudah larut yang kompleks dengan Kalsium. Kuantitinya yang rendah mencukupi untuk PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN OTAK bayi. Kuantiti yang tinggi dalam susu formula memberikan bebanan kepada buah pinggang (ginjal) bayi semasa proses PERKUMUHAN.

Wei ialah cecair jernih pada lapisan susu ibu yang membeku. Komposisi utama ialah alfa-laktalbumin, laktoferin, lisozim, albumin dan immunoglobulin, iaitu antara nutrien yang penting dalam sistem pertahanan bayi terhadap penyakit.

LEMAK

Kandungan utama Lemak dalam susu ibu ialah triasilgliserol, fosfolipid dan aisd lemak. Lemak memberi tenaga kepada bayi. Enzim-enzim dalam susu ibu, terutamanya enzim lipase menghadamkan lemak supaya mudah dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.

Rantaian asid lemak yang panjang dalam susu ibu penting dalam PERKEMBANGAN OTAK dan PENGLIHATAN bayi. Kandungan kolestrol yang tinggi juga membantu dalam pembinaan sistem dalam tubuh bayi.

Kandungan lemak susu ibu akan dapat dilihat dalam perahan susu belakang (hindmilk) . Susu hadapan (foremilk) mengandungi kandungan lemak yang rendah dan diperlukan untuk menghilangkan dahaga bayi. Kedua-duanya diperlukan bayi untuk PERTUMBUHAN badan yang sempurna.



KARBOHIDRAT

Laktosa sumber karbohidrat susu ibu terdiri daripada galaktosa dan glukosa. kandungannya bertambah sepanjang penyusuan berlaku.

Fungsinya untuk membantu penyerapan Kalsium, menghalang pembiakan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak bayi.

Proses pencernaannya perlahan dan sesuai untuk keperluan bayi.

AIR

Ramai ibu risau anaknya akan dahaga dengan memberikan air kosong terutama ketika cuaca panas. Sebenarnya amalan ini ternyata SALAH dan boleh memBAHAYAKAN bayi serta menggagalkan penyusuan susu ibu.

Air kosong boleh mengurangkan jumlah nutrisi yang diterima bayi kerana kurangnya menghisap susu ibu.

Pemberian air juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi.
80-88%daripada keseluruhan susu ibu adalah AIR yang dihasilkan setiap kali penyusuan. Ia akan memenuhi keperluan tubuh bayi dan lebihan air dan komposisi yang lain akan disingkirkan dengan MUDAH oleh ginjal bayi.

MINERAL


Kandungan mineral dalam susu ibu:

Natrium, Kalsium dan Magnesium ialah kation utama yang penting dalam memastikan TUMBESARAN TULANG bayi.

Kandungan Zat Besi adalah rendah tetapi kadar penyerapannnya oleh usus bayi adalah tinggi. Ia penting untuk menghasilkan sel haemoglobin yang diperlukan dalam PEMBENTUKAN SEL DARAH MERAH. Bayi yang berumur melebihi 6 bulan memerlukan kandungan Zat Besi yang lebih tinggi. ibu boleh menambah bekalan Zat Besi melalui pengambilan sumber seperti daging, sayuran hijau dan bijirin. 

Kandungan Zat Besi yang tinggi dalam susu formula boleh mengundang PEMBIAKAN BAKTERIA berbahaya. 

Zink diperlukan untuk menghasilkan dan mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh bayi.


Selain membekalkan zat yang mencukupi, susu ibu juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Bayi akan dapat merasai makanan yang dimakan ibunya dalam tempoh 4-6 jam sebelum menyusuinya. Kepelbagaian rasa susu ibu menjadikan bayi lebih berselera. Bayi akan membiasakan diri dengan makanan yang dimakan ibunya. Hal ini akan memudahkan proses memperkenalkan makanan kepadanya apabila dia mencapai umur enam bulan kelak.

Semua khasiat dan kelebihan tersebut adalah penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan otak bayi. Peratusan yang diperolehi adalah mencukupi mengikut keperluan umurnya. Ibu tidak perlu risau tentang jumlah khasiat yang akan diperoleh oleh bayi.



Jadi apakah lagi alasan untuk kita tidak memilih SUSU IBU sebagai makanan terbaik si anak. Dari 'obsesi' saya ini saya suka kongsi pengalaman dengan kawan-kaawan. Memang teruja. Kadangkala berkongsi di Facebook. Pernah sampai satu tahap, seorang isteri kepada teman sekerja baru lepas bersalin, saya angkut 2 hero saya pergi ke hospital tanpa suami dalam hujan sebab nak bagi pinjam pam susu. Masa anak kedua saya banyak marmet dan jarang guna pam.



Sebab semasa mengandung si isteri sahabat saya cakap susunya kurang sebab kakaknya pun kurang susu. Ya Allah saya memang tidak pernah setuju dengan 'statemant' itu. Di kala belum melahirkan anak, pemikiran sudah disetkan yang susu aku kurang. Sepatutnya kita sudah tanam dalam minda, susu kita pasti cukup untuk si anak, Apabila positif yang kita fikir pasti yang positif sahaja datang kepada kita, in shaa Allah. 

Jangan tidak tau, pam Spectra 3 saya ni da berkhidmat untuk 3 anak saya, sudah hampir 4 tahun dan 2 kali dihantar servis. Ia juga telah memberi khidmatnya pada 5 orang ibu. Saya pinjamkan pada sahabat-sahabat yang memerlukan ketika mereka belum membeli pam susu atau pam mereka dihantar servis.



Alhamdulillah saya seronok menyusukan anak dan saya juga ada rasa ingin tarik semua ibu-ibu supaya menyusukan anak jugak.

Masa anak kedua saya siap beli 'deep freezer' khas untuk simpan susu ibu. Saya sudah tidak terfikir ia berbaloi ataupun tidak tapi saya dah niat indin penuhkan deep freezer itu dengan rezeki anak saya. Alhamdulillah saya berjaya bila minda bawah sedar saya bekerja ke arah itu, alhamdulillah.



Momen indah ini hanya datang sekali sahaja kepada anak kita, ia tidak akan berulang. Pasti rindu detik-detik  kita 'kamcing' dengan anak apabila mereka sudah dewasa kelak. 

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada ilahi anak ketiga saya Muhammad Adam Afif baru saya genap 2 tahun saya susukan dengan susu ibu pada 9.7.2016. Bersyukur sangat saya Allah izinkan kelancaran perjalanan penyusuan ini.

Anak ketiga saya ini istimewa, umur 10 hari sudah masuk wad akibat jangkita paru-paru. Lagila gigih mamanya mengepam di hospital bagi memastikan anak saya tidak diberi susu formula di hari-hari awalnya. Sebab kepercayaan saya kepada susu ibu mampu meningkatkan sistem pertahanan badan anak kerana itu Allah kurniakan kepada kita ibu mereka. 


Stok susu EBM semasa anak saya di hospital.

Pengalaman anak saya di wad ada saya kongsikan di blog lama saya Azatyvitalove. Boleh dibaca di sana. Jadi saya memang rekemen ibu-ibu usahalah dulu untuk menyusukan anak kita. Selepas usaha memang sudah tidak mampu kita tawakal pada yang Maha Kuasa. Mungkin setakat itu rezeki anak kita.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...