Wednesday 17 August 2016

Homestay Azaty

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Kami menyediakan perkhidmatan homestay sejak Julai 2014 iaitu Homestay Azaty di Bertam, Melaka. Azaty bersempena dengan nama kami suami isteri iaitu Azmi dan Yatty. Ia adalah rumah teres 4 bilik yang selesa untuk penginapan sekeluarga. Kebanyakkan tetamu yang mendapatkan khidmat kami adalah atas tujuan menghadiri kenduri, temuduga, menziarah keluarga terdekat, rakan taulan, berkursus dan sebagainya.


Homestay Azaty terletak di Taman Bertam Indah, berhampiran Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu. Apa yang menariknya ia berhampiran lebuhraya yang menuju ke tempat-tempat menarik yang berhampiran termasuklah seperti Zoo Melaka, Taman Buaya dan Melaka Wonderland. Manakala, sekiranya ingin mendapatkan keperluan harian, terdapat kedai runcit di taman tersebut atau boleh juga ke Pasaraya Tesco yang tidak sampai 10 minit dari Homestay Azaty.

Saya masih ingat ketika saya mendapat kunci rumah tersebut pada 7 September 2012 iaitu sehari sebelum kelahiran anak kedua kami. Di awalnya tiada perancangan pun untuk rumah tersebut kerana kami sendiri menginap di kampung iaitu di rumah arwah ibu suami.Suami pula memang hobinya berkebun dan seronok tinggal di kampung berbanding rumah taman yang ruangan halaman adalah terhad untuk berkebun.

Alhamdulillah Allah ilhamkan kami untuk menjadikan rumah kami bermanfaat kepada orang lain. Kami jadikan ia sebagai homestay dengan membeli barang sedikit demi sedikit dengan duit gaji kami bekerja. Itupun beberapa kali tertangguh kerana kekangan masa. Kami tidak menyewakan rumah ini kerana ia adalah rumah baru, sayang pula sekiranya dirosakkan penyewa. Lebih baik dijadikan homestay, sekali sekala diduduki pelanggan.

Kami suami isteri menguruskan Homestay ini berdua. Kadangkala kelam kabut juga terutamanya sewaktu cuti sekolah apabila pelanggan datang berturut-turut dan pada masa yang sama hari kami bekerja. Itu belum termasuk ketika kami pulang ke kampung saya di Kuantan. Suami akan minta bantuan sahabatnya untuk sampaikan kunci kepada pelanggan ataupun mengambil kunci sekiranya sahabatnya ada masa terluang. 

Ada juga beberapa kali kami terpaksa menolak permintaan pelanggan untuk menginap kerana ingin berlama di kampung. Yalah apa-apapun di dunia tidak sebanding dengan masa bersama kedua ibu bapa yang sudah berusia. Lebih-lebih lagi saya merantau dan tinggal berjauhan dari ibu bapa.

Homestay Azaty ini mudah dicari. Hanya guna google maps taip 'Homestay Azaty' akan keluar sebagai Homestay Murah Melaka (Homestay Azaty).


Inilah pandangan hadapan Homestay Azaty apabila saya taip di carian Google.


Bagi anda yang berkunjung ke Melaka dan mencari homestay bolehla menginap di Homestay Azaty. Dilengkapi dengan peti ais dan peralatan memasak. Rumah teres 4 bilik dengan 2 bilik air. Juga mempunyai satu alat penghawa dingin di bilik utama. Boeh hubungi no tertera 0176697647 (Azmi). Sekiranya ingin tahu lebih lanjut boleh layari blog kami di sini Homestay Murah Melaka.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...