Tuesday 2 August 2016

Pengalaman Bercuti di Bandung

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim




Edit daripada blog bisnes saya www.azatyvitalove.com

Assalammualaikum & selamat pagi.

Alhamdulillah kami sekeluarga baru sahaja pulang dari Bandung Ahad lalu selepas 5 hari 4 malam bercuti di sana (3-7Jun 2015). Gayat pertama kali menaiki kapal terbang. Jakun pun sama jugak kot. Apabila kapal terbang menerjah awan bergegar menimbulkan rasa takut di hati. Sekali sekala keluar pengumuman cuaca buruk dan meminta penumpang memakai tali pinggang.

Kami pergi 4 sekeluarga yang mana semuanya terdiri daripada rakan sekerja. Kami mempunyai tiga anak lelaki yang sedikit sebanyak telah menimbulkan kerisauan di hati apabila teman yang pernah berpengalaman ke sana mengatakan Bandung tempat yang sangat padat. Anak-anak perlu dikawal dan diperhati sebaiknya.


Masa ni ada satu keluarga belum sampai. Nampak tak, bukan penuh barang sahaja tetapi penuh dengan anak jugak.

Sebelum merancang perjalanan, saya merancang keselamatan anak-anak dahulu. Saya mula melakukan 'survey online' mencari 'safety gadjet' untuk tiga hero kesayangan kami ini. Pada awalnya saya merancang untuk membeli beg bertali yang mana talinya boleh kita pegang. Tapi bila difikirkan semula,kalau orang potong tali tu, senang sahaja anak kami hilang. Beg seperti gambar di bawah.



Jadi saya gunakan alternatif mencari 'twin stroller' supaya anak-anak boleh duduk setempat di hadapan mata. Yang sedia ada di rumah hanya boleh memuatkan seorang anak sahaja. Alhamdulillah beli yang 'preloved' ini sahaja. Harga pun berbaloi rm250 termasuk penghantaran. Keadaannya sangat baik kecuali tompok tahi lalat sedikit pada kainnya. Apa yang paling seronok, ia boleh memuatkan ketiga-tiga hero kami.



Alhamdulillah  'stroller' ini sangat membantu pergerakan kami di sana. Bukan untuk anak-anak sahaja tetapi juga boleh memuatkan barang-barang kami juga. Ia sangatla berbaloi.



Hari pertama kami sampai, suasana sudah pun gelap walaupun baru jam 5 petang. Bandung lewat 1 jam daripada Malaysia. Subuhnya pun jam 4.30 pagi.

Kalau cakap pasal lapangan terbang , berbeza sangat KLIA2 dengan Bandung. Kalau di KLIA2 untuk sampai ke bilik menunggu itu, jaraknya jauh sangat, sayup mata memandang. Tetapi kemudahannya memang tip top. Nak naik kapal terbang dari bilik menunggu terus ke pintu kapal terbang. 

Manakala di Bandung, melangkah sedikit sahaja sudah sampai ke bilik menunggu, tetapi perlu turun tangga, mengangkat 'stroller' dan berjalan kaki ke pintu kapal terbang. Perlu naik tangga lagi ( masa pulang) ke pintu kapal terbang.

Perjalanan kami lebih mudah apabila kawan kami sudah membuat tempahan 'Supir' (pemandu) untuk 5 hari percutian. Pak Maman dari syarikat Hayyuka. Baik orangnya, ikut sahaja ke mana kami ajak, tidak pernah berkata 'tidak'. Kami tinggal di Pop Hotel, ringkas dan bersih bertempat di Festival CityLink Mall. Hanya RM355 untuk 5 hari 4 malam tau, siap PERCUMA sarapan pagi setiap pagi.
                        
            
                                                                    Di lobi Pop Hotel


Yang tidak seronoknya, hotel ini tiada sterika. Hari pertama saya berjalan dengan shawl dan baju berkedut, memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Pengajarannya pergi berjalan perlu bawa tudung yang tidak perlu digosok, orang tidak nampak berkedut. Nasib baik hotel berada di dalam Mall. Pada malamnya saya terus mencari shawl yang tidak perlu digosok, borong terus 3 helai. Rp 55000 sahaja dalam RM15+.


Malam pertama kami tiba sempat makan dan membeli baju di sebuah rumah. Pak Maman yang bawa. Masa itu tidak beli banyak sebab datang untuk 'survey' harga dahulu.

Hari ke 2, Pak Maman bawa kami ke Kawah Putih. Jalan ke sana ala-ala seperti jalan ke Cameron Highland dan sejuk. Kawasannya sangatla padat dengan rumah. Apa yang saya perasan rumah-rumahnya memang tidak tersusun secara teratur, mana ada ruang dan peluang ada je rumah yang tersergam di situ. Kalau di Malaysia rumah sebegitu pasti banyaklah kereta yang bersidai di tepi jalan. Tapi di sini mmg kurang kereta diletakkan di tepi jalan, lagipun tiada ruang dan sempit.

Sebelum sampai ke Kawah Putih, mata kami dihidangkan dengan pemandangan kampung yang mana aktiviti utama penduduknya adalah bertani. Ada sawah padi, tanaman kopi dan juga strawberi.




Masa yang diperlukan untuk sampai ke Kawah Putih dalam 3 jam. Sewaktu dalam perjalanan, Pak Maman ada singgah di satu tempat untuk membeli tiket masuk ke Kawah Putih. Kami fikirkan tempatnya sudah hampir, rupanya ada sejam lebih lagi untuk sampai ke tempat yang dituju. Apabila tiba kami diberi topeng muka untuk dipakai, kerana kawasannya dipenuhi asap. Bila bergambar seperti duduk di negara orang Inggeris pulak, hihihi.




Geram sahaja hati ini nak menyentuh air kawah di situ. Tetapi menurut sahabat saya, air itu panas. Sudahnya kami hanya memandang dan bergambar di situ. Lagi 1 gajet anak yang saya bawa 'baby carrier' memang membantu si kecik, sebab untuk tiba ke kawasan kawah kami perlu turun tangga yang tinggi. 'Stroller' memang amat tidak sesuai digunakan.




Setelah sejam lebih menyaksikan pemandangan indah di Kawasan Kawah Putih, Pak Maman membawa pula kami menuruni ke kawasan lebih rendah (menaiki van) . Boleh dapatkan air strawberi katanya. Tetapi bukan rezeki kami airnya sudah habis masa itu. Akhirnya kami hanya makan nasi goreng dan minum air Teh O sahaja. Boleh tahan sedap rasanta.

Semasa mula tiba di kawasan tersebut, beberapa penjual Strawberi dan Blueberri menghampiri kami. Waktu itu saya tidak pandai untuk tawar menawar, tumpang membeli sama dengan sahabat sahaja. Dapatlah dua bungkus strawberi dan  dua bungkus blueberri Rp 50 000. Cara susunannya menarik perhatian saya, disusun kelihatan dua lapis. Tetapi sebenarnya hanyalah satu lapis, seperti tipah tertipu jugala.Semasa sedang makan, datang seorang penjual buah strawberi yang lain pula. Say minta sebungkus dengan harga Rp 10 000 rp dan susunan buahnya alhamdulillah dua lapis. Tetapi sebenarnya kena tipu lagi, lapisan bawah tu kemain halus lagi.



Hari ke 3 kami ke Pekan Baru. Memang syurga membeli belah untuk kain pasang dan apa-apa jenis kain pun termasuk langsir. Kami borong kain pasang, telekung & T-shirt bandung sebagai 'gift' untuk insan-insan tersayang. Tempat ni bertingkat-tingkat, nasib baik encik suami pakar dalam naik turun eskalator dengan membawa 'stroller'. Yang paling menguntungkan, apabila kami menempah supir, Syarikat Hayyuka telah menyediakan orang yang akan mengikut kami sepanjang masa kami membeli barang di situ. Bukan ikut sahaja tetapi juga membantu kami mengangkat semua barang yang kami beli. Kagum betul dengan diorang yang rajin dan membawa kami ke kedai yang paling murah. Selain itu, mereka juga akan jaga kami ke mana sahaja walaupun nak ke tandas pun mereka hantar. Seorang sahabat sempat menempah langsir. Tempah hari ini, lagi, esoknya siap. Harganya pun berbaloi-baloi.


Kemudian kami ke Toko Tiga. Sesuai kalau nak mencari baju berjenama dan jeans. Di sini kawasannya sedikit sempit, jadi bergilir-gilirla dengan suami membeli dan menjaga anak. Di sini boleh dapatkan 'fridge' magnet murah-murah. Kalau orang datang jual tu, cuba tawar menawar pasti dapat harga murah. Tetapi bila sudah balik ke Malaysia baru terfikir, mereka sudahla susah, bagi sahajala tidak perlu menawar harga. Tetapi perkara sudah lepaskan, lain kali in shaa Allah.


Hari seterusnya kami rasa banyak berada di dalam kereta akibat jalan 'jem'. Bandung hari Sabtu mereka sekolah, tetapi separuh hari sahaja. Semasa menunggu lampu hijau menyala, ada sahaja yang mengetuk pintu 'mobil', mahu mintak sedekah, menjual air, kuih, kopiah dan macam-macam lagi. Antara lain yang saya kagum berada di sini ialah setiap kali pak supir mahu 'park' kereta, semasa ingin menyeberangi jalan yang penuh sesak ataupun mahu keluar dari tempat letak kereta, pasti ada yang membantu di luar van. Kemudian ia pasti disertakan dengan tips (duit) yang memang pak maman sudah sediakan awal-awal. Rajin sungguh mereka mencari sesuap nasi.

Hari ini kami mencari kain 'cotton' sahaja di D' Fashion dan berjalan-jalan di Kota Mode. Ingatkan sebutannya Kota Modern. Boleh juga mencari pakaian berjenama dan minum di Cafe tersedia di situ. Saya minum air kelapa & mencuba mi bakso. Ada beberapa tempat lagi yg kami pergi tetapi saya lupa namanya.

Ada satu kawasan untuk mendapatkan kain cotton timbang tetapi jalannya sempit dan susah untuk 'park' kereta. Kainnya kebanyakkannya tidak bercorak (plain). Mungkin kain yang belum dicetak sebab harganya murah agaknya. Tetapi kami tidak turun pun.

Malamnya sebelum balik ke hotel sempat kami singgah ke Trans Studio, bergambar sahaja. Orang kata, kalau nak masuk biar dari pagi baru berbaloi-baloi. Bayaran masuk lebih kurang RM70 hari biasa dan RM 90 hujung minggu.


                                Bergambar dengan Pak Maman supir kami sepanjang di sana


                                                   Ironman kata si anak, layankan sahaja


Ahad hari terakhir kami bergerak pulang ke Malaysia. Penerbangan jam 11.10 pagi. Sempat kami singgah membeli kain pasang di rumah yang kami mula-mula pergi masa hari pertama sampai. Memang membeli untuk habiskan duit. Kalau nak tukar matawang RM nanti sudah rugi, baik kami habiskan beli kain pasang ada juga nampak barangnya.
                                           Gayat dan rambang mata nak pilih

Berada di atas pesawat kali kedua sebenarnya satu perkara yang menakutkan juga. Tidak taula kalau perjalanan berjam-jam bagaimana, tetapi mata tetap juga nak tengok keajaiban ciptaan Allah. Awan-awan memutih dengan pelbagai lapis dan bentuk. Bentuk mukabumi menyerupai seperti dalam peta.





Dalam kumpulan kami ada seorang warga emas, ibu kepada sahabat saya. Rezeki kami sahaja di KLIA 2 ada kenderaan pengangkut dipandu pekerja KLIA 2 menjemput kami untuk dihantar terus ke Imegresen. Banyak sangat jimat jaraknya. Kalau berjalan dengan muatan dan ank-anak memang lambat lagila nak sampai ke luar. Alhamdulillah.

Bahagian yang paling mendebarkan semasa nak naik dan keluar keretapi laju. Bayangkan ada 4 beg yang setiap satunya hampir 20kg, bersama 2 stroller dan 5 anak serta dalam 4 beg juga yang perlu dijinjing dan digalas. Belum masuk si kecil yang perlu didukung dengan 'baby carrier'. Pergerakan kami memang perlu pantas, semua jd superdaddy dan supermom.

                                Dalam stroller belakang itu pun ada sorang kanak-kanak riang.


                               Terpaksa memaksimakan tenaga kerja, berebut-rebut nak tarik beg


Alhamdulillah kami berjaya hadapinya dengan pertolongan Dia. Sebelum balik Melaka sempat kami singgah Alamanda & Pesta Flora Putrajaya, sekali jalan orang kata.


                              Seorang budak kecik tidur dalam stroller itu, mudahkan ada gajet ni.



Selesai perkongsian kami sepanjang bercuti di Bandung, memang kenangan terindah apabila aktivitinya bersama keluarga, alhamdulillah.

1 comment:

  1. HARGA JIMAT SAMPE PINGSAN !!

    www.papandayantourandtravel.blogspot.com


    Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang PAPANDAYAN

    TOUR & TRAVEL selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan

    /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang

    baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya

    Amiin…. PAPANDAYAN TOUR & TRAVEL hanya sekedar ingin

    menginfokan promosi promosi yang tersedia di Reihan, mengenai

    bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi

    saat weekend. PAPANDAYAN TOUR & TRAVEL menyediakan Kereta

    Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta.

    JOM JOM ke Bandung bersama , dijamin Muraaaah dan puas ^_^

    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan PAPANDAYAN TOUR & TRAVEL

    Dijamin bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat

    baik..



    Harga Sewa Kereta ;



    Rate Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)

    Rate: IDR 340.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)

    Rate: IDR 520.000 or RM 157



    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)

    Rate: IDR 620.000 or RM 182



    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)

    Rate: IDR 840.000 or RM 242



    # Toyota Hiace commuter (12 seat)

    Rate: IDR 850.000 or RM 245



    *Masa sewa : 14 jam (8AM to 10 PM)

    *Include : Kereta,sopir,minyak,parking & Tol



    Contact Person :

    Line : Yusufb23

    WhatsApp : +62838 2213 8851

    Email : Ybahtiar2@gmail.com



    PAPANDAYAN TOUR & TRAVEL tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke

    Bandung..

    Wassalam..wr.wb..

    Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tp kami

    jamin yg terbaek tetap PAPANDAYAN TOUR & TRAVEL (insha allah)

    jom jom bercuti di bandung murah jer TERIMAKASIH :)



    Regard


    www.papandayantourandtravel.blogspot.com

    (PAPANDAYAN TOUR & TRAVEL)

    ReplyDelete

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...