Thursday 11 August 2016

Solat di Petronas


Kelmarin singgah solat Asar di Petronas Cheng jadual/notis ini ditampal di dinding. Wow sangat kagum pengurusan Petronas buat  jadual penggantian telekung solat.

Ini bermakna mereka mengambil kira kebersihan dan keselesaan muslimah ketika bersolat. Memang telekung yang disediakan kelihatan baru dan sudah tentu bersih.

Diharapkan perlaksanaan ini bukan hanya di awalnya sahaja tetapi diteruskan sampai bila-bila. Semalam saya ada juga singgah solat di sebuah Petronas yang tidak perlu dinyatakan di mana. Suraunya pun ada menampal jadual/notis penggantian telekung ini. Walaubagaimana semalam Khamis sepatutnya telekung berwarna Hijau, tetapi sebaliknya telekung yang disediakan adalah putih. Tidaklah pula saya hubungi no. tertera atau mengadu dengan pihak pengurusan.

Apa-apapun muka perlaksana rutin sebegini diharapkan diteruskan dan ia melambangkan agama itu sentiasa diutamakan adalah solat. Seperti buku yang saya baca tulisan Ustaz Ebit Lew iaitu Menelusuri Cinta, saya terjumpa petikan ini,


Allahua'lam


No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...