Saturday 6 August 2016

Susu Ibu Vs Susu Formula

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Susu ibu mengandungi antibodi dan imun, melalui IBU kepada bayi bagi melawan jangkitan (infeksi). Apa yang istimewanya, selain terkandung nutrisi yang lengkap, susu ibu berubah dalam komposisinya bergantung kepada keperluan dan umur bayi. Manakala kandungan susu formula kekal sama tanpa mengikut keperluan bayi:

1. Susu ibu berubah mengikut umur bayi: Susu ibu untuk bayi PRA-MATANG mengandungi aras PROTEIN yang tinggi, berbanding susu ibu untuk bayi matang cth 8 bulan tinggi kandungan kalorinya berbanding bayi 1 bulan.

2. Susu ibu berubah mengikut CUACA: dalam cuaca panas,susu ibu mengandungi lebih AIR; dalam cuaca sejuk susu ibu mengandungi lebih LEMAK.

3. Susu ibu berubah RASA mengikut apa yang dimakan ibu: Jadi ibu didedahkan kepada rasa yang berbeza pada awal-awal kelahirannya.(Adakah kita suka makan makanan yang sama selama 6 bulan?)

4. Susu ibu mempunyai suhu yang sesuai untuk bayi, xperlu menambahkan air panas atau sejuk.
5. Kebersihan susu ibu dijamin 100%, tidak melalui proses pengilangan, pembungkusan dan sebagainya.

6. KOLOSTRUM susu awal ibu yang mengandung kandungan antibodi yang tinggi tidak mampu ditandingi oleh kecanggihan teknologi pemakanan bayi yang ada hari ini.

7. Penyusuan susu ibu juga merupakan langkah yang praktikal dalam menjimatkan perbelanjaan keluarga.

8. Kanak-kanak yang disusukan dengan susu ibu mempunyai skor IQ yang lebih tinggi. Semakin lama tempoh penyusuan semakin tinggi skor IQnya.

9. Susu ibu mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak melalui kesan hormon penyusuan dan sentuhan kulit.

10.Susu ibu mengandungiAlfa laktalbumin, iaitu PROTEIN yang baik, yang mudah dihadam dan mudah diterima tubuh bayi.

11. Susu ibu mengandungi ASID LEMAK dalam perkembangan otak dan sistemsaraf pusat termasukla Omega 3.

12. Mengurangkan jangkitan telinga (otitis media), menghindarkan masalah kesihatan, seperti kematian bayi mengejut dan kencing manis semasaremaja.

13. Bayi berkebolehan bertindakbalas dengan baik terhadap vaksin dan berkeupayaan melawan penyakit dengan lebih pantas.

Rujukan : Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...