Tuesday 23 August 2016

Teknik Jibril untuk Hafazan Al Quran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah Ahad lepas direzekikan Allah untuk ke Seminar Al Quran bersama Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz di Politeknik Port Dickson, Seremban.

Saya nak kongsi ilmu yang Ustaz berikan ini, moga bermanfaat juga buat semua pembaca. Mungkin ada sedang menghafal ayat al quran ataupun yang sedang mengajar anak menghafaz.

Teknik Jibril

Teknik ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kita yang

  • tidak konsisten
  • mudah lupa
Kenapa dinamakan Teknik Jibril?

Kata Ustaz, sebelum ini beliau pernah melawat hingga ke Gua hira', Jabal Nur. Orang yang pernah pergi mungkin lebih tahu. Nama Teknik Jibril ini diberi atas sebab Ayat Al Quran pertama yang diwahyukan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah di sini. 

Ia adalah teknik Hafazan Harian yang fokus kepada

1- Berapa? (jumlah halaman)----- 3 baris ayat sehari
2- Berapa lama? (waktu hafazan)-----30 minit sehari
3- Cara mengulang ( waktu ulangan)----- 3x ulang pada waktu solat

Mari kita pergi lebih jelas kepada fokus tadi

3 baris ayat sehari
Contoh seperti gambar

Waktu terbaik untuk menghafal adalah sebelum waktu subuh. Selepas subuh kebiasaan hari bekerja kita sudah sibuk bersiap diri dan anak sebelum bergerak ke tempat kerja.

30 minit sehari

Langkah-langkah:

  • 5 minit (Pembiasan)
  1. Baca secara pandang sebanyak 3x, untuk membetulkan tajwid, baris & makhraj sebutan.
  2. Lihat Tafsir makna ayat untuk memahaminya.
  3. Potong setiap baris kepada beberapa potongan pendek (7-9 potongan)
  4. Baca 2x lagi untuk menghubungkan ayat tadi dengan makna yang baru dibaca.
Surah Al Mulk ayat 13-15
  • 15 minit (Hafaz dan gabung)
  1. Ketika menghafaz, hafaz mengikut potongan yang telah dibuat.
  2. Baca setiap potongan 2x secara pandang, kemudian 2x tanpa pandang.
  3. Setiap kai satu baris berjaya dihafaz, baca 2x tanpa pandang, sebelum beralih kepada baris potongan seterusnya.
  4. Ulangi proses di atas sehingga selesai ketiga-tiga baris.
  • 10 minit (Pengukuhan)
  1. Gabungan hafazan setiap baris itu dengan yang lain.
  2. Apabila ia berjaya dihafaz, cuba baca kesemuanya tanpa pendang (tanpa gagap & sangkut) sebanyak 10x
  3. Selesai menghafaz , kini sudah mula bekerja.

3x ulang pada waktu solat
  • Sebelum solat (Ulang 3 baris yang telah dihafaz sehingga lancar -persiapan)
  • Ketika solat (Baca 3 baris tadi selepas Al Fatihah dalam 2 rakaat pertama)
  • Selepas solat (Baca kembali sebanyak 3 x- zikir wajib harian)
Kesimpulan


2 comments:

  1. Masya Allah. Mohon kongsi ya. Memang menghafaz Quran perlu azam yang tinggi. Tak boleh main-main. Allahu akbar.

    ReplyDelete

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...