Friday 31 March 2017

Set Hamil Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Set Ibu Hamil bukan sahaja diamalkan ketika hamil tetapi boleh terus amalkan sehingga berpantang, menyusu dan kesihatan.
Fungsi:
💟ESP: Menguatkan rahim, imbangi hormon wanita, memberikan sel yang sihat serta sebagai sumber tenaga.
Bonus: Kulit cantik gebu.

💟Vitamin C: Meningkatkan sistem pertahanan badan untuk mencegah penyakit dan memberikan kulit yang cantik.

💟 B compex: Semua wanita sebelum mengandung perlu ambil Asid Folik yang terdapat dalm B complex bagi memastikan pembentukan otak dan saraf bayi yang sempurna. Bagi mengelakkan kecacatan dan keguguran awal kandungan.

💟Vitalea with Iron: Sebagai multivitamin yang lengkap dengan Iron bagi menstabilkan Hb ibu

💟Ostematrix: Sebagai sumber kalsium untuk ibu dan bayi sekaligus menstabilkan tekanan darah ibu. Bonus melawaskan sistem pencernaan ibu.

IG: Shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com
WhatsApp: 0173737174

Thursday 30 March 2017

Aktiviti 'Thumb Print'

Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Hari ini berkesempatan masuk ke kelas murid bermasalah pembelajaran. Mencari idea apakah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama mereka, Alhamdulillah tetiba datang ilham nak buat aktiviti menggunakan 'thumb print'. Aktiviti ini sebenarnya sudah lama dirancang untuk dilakukan bersama anak-anak sendiri. Tetapi belum berkesempatan lebih-lebih lagi 'water colour' mereka pun sudah habis.



Aktiviti ini juga boleh merangsang motor halus (jari) murid sebagai persediaan sebelum mereka mula menulis.
Umur mereka sekitar 8-9 tahun. Aktiviti ini nampak mudah tetapi kalau tidak dibantu memang tidak siap dan bersepahla cap jari mereka di mana-mana. Kalau tengok gambar di atas pun boleh nampak beza susunan cap jarinya apabila dibantu kelihatan lebih tersusun dan di bahagian bawah(nenas)  tidak dibantu cap jarinya kelihatan tidak tersusun. Itupun banyak kosong dan dibantu juga untuk memenuhi setiap ruang.


Murid bukan sahaja menggunakan kemahiran motor halus iaitu jari mereka, tetapi mereka juga belajar menguasai ruang. Mereka didedahkan dengan melakukan aktiviti ini dalam ruangan yang terhad. Kira 2 dalam 1 aktiviti. Boleh juga kenalkan warna pada mereka serta nama objek. Sudah jadi 4 dalam 1 pula kan.


Moga dipermudahkan anak-anak murid saya menulis nanti, in shaa Allah.

IG: Shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com
WhatsApp: 0173737174


Friday 24 March 2017

Shaklee bukan sekadar suplemen

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Shaklee bukan sekadar supplemen. Setiap produk dijaga kualitinya sehinggakan 1 Tablet untuk sampai ke destinasi pun diambil kira. 😍

Contoh untuk sampai ke destinasi naik motor atau kereta tetap boleh sampai. Tapi apabila duduk dalam kereta dengan penghawa dingin dilindungi dari hujan panas pasti berbeza keadaannya.

Dua kereta dengan dan tanpa penghawa dingin pun berbeza. Habis basah kuyup baju dengan peluh nak sampai ke destinasi.

Jadi dengan lambakan supplemen di pasaran pilihla yang terbaik. Diuji secara klinikal. Dipaten dengan ciri-ciri khas yang harganya pasti berbaloi dengan kualitinya.

Supplemen untuk amalan bukan untuk merawat tau💜

Pengedar Shaklee sah,
0173737 174
Noorhayati Abdul Rahim

Thursday 23 March 2017

Etika Berniaga

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Semalam selepas makan ala-ala "shell out", saya singgah ke Mydin. Niat di hati ingin mencari Set Pantang. Selain Set Pantang Shaklee, saya akan ambil juga Set Berpantang Tradisional barulah rasa lengkap fasa berpantang itu.

Setibanya di Mydin MITC saya ditahan penjual produk. Apa yang membuatkan saya terberhenti di situ apabila penjual itu menyebut
"Air zam-zam kak, free jer"
Dalam kepala saya dapat minum air zam-zam percuma. Tetapi selepas itu saya didatangi seorang wanita yang terus menyapu krim putih di tangan saya. Krim itu seperti skrub, digosokkan sehingga keluar kulit mati katanya dan dibandingkan antara dua tangan yang disapu krim. Saya nampak sama sahaja mungkin faktor cahaya di malam hari. (Saya diberitahu ada kandungan air zam-zam dalam krim ini)

 Perbuatan menyapu krim di tangan itu ok lagi bagi saya, tetapi tiba-tiba dia menyapu krim itu di sekeliling muka saya. Memang saya terkejut jugalah. Kulit muka adalah kulit paling sensitif, tidak bolehla sesuka hati ditepek krim tanpa meminta izin empunya kulit muka. Walaupun diberitahu kulit budak ekzema pun elok pakai krim tersebut, tetapi sebagai peniaga bukanlah etika yang baik main sapu begitu sahaja. Buatnya kulit saya memang jenis sensitif bukankah ia memudaratkan kulit pelanggan juga.

Tapi saya tidaklah marah penjual itu, kerana dia pun telah berusia jadi saya hanya membiarkan sahaja walaupun mulut berbunyi juga. Selesai dia mencuci muka saya, dia tawarkan satu tiub krim itu rm20. Saya beli jugalah sebab tidak tahu bagaimana mahu mengelak daripada penjual tersebut.  Saya fikir mungkin boleh disapu di belakang badan anak sulung yang berparut "chicken pox". 

Kebetulan saya tidak mempunyai wang kecil, maka saya hulurkan wang rm50. Dari sini dia ambil kesempatan memujuk saya membeli 3 tiub untuk sekotak. Berulang kali saya cakap hanya mahu mencuba duahulu. Satu tiub sudah cukup. Apa-apa produk pun mesti kita mahu mencuba dahulu, serasi atau tidak, jadi tidak perlu beli sampai 3 tiub. Dia memaksa juga dengan meletakkan sekotak yg ada 3 tiub. 

"Tidak mengapa,nak tutup kedai dah ni, akak bagi rm40"
Sambil dia menghulurkan wang baki rm10.

Nak marah juga tetapi tidak gamak sebab orangnya sudah pangkat ibu bagi saya. 
Nasib baik suami tiada di situ, kalau tidak mahu penjual itu pun kena marah. Saya ini kurang tegas suami cakap apabila saya mengadu kepadanya.

Apa yang saya rasa dia berniaga dengan cara tidak beretika

1. Menggunakan perkataan "air zam-zam percuma" untuk menarik perhatian, tahulah kan bukan senang nak minum air syurga itu .
2. Menyapu produk krim mereka di bahagian paling sensitif, kulit muka tanpa meminta izin pelanggan
3. Mengambil kesempatan dengan wang besar diberi pelanggan untuk menjual lebih produk mereka kepala pelanggan
4. Mendesak

Diharapkan tiadalah peniaga di luar sana mengamalkan cara perniagaan kurang sopan sebegini. Raikan kehendak pelanggan bukan kehendak sendiri.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim 
Ig: Shaklee_by_yatty 
Email: noorhayatiarahim@gmail 
WhatsApp: 0173737174 

Shell out Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim
Alhamdulillah baru sahaja pulang dari makan ala-ala "shell out". Sudah lama teringin apabila melihat gambar-gambarnya melalui dinding Facebook saya. Sebelum berpantang adalah masa terbaik. Yalah orang kata nanti meleleh pulak air liur baby.
Kedainya Selera Warisan D'Maria terletak di Kota Fesyen MITC.  Sebaris dengan Bank Islam tetapi in terletak sedikit hujung bangunan tersebut. Yang janggalnya ia terletak berhampiran kedai karpet, semerbak bau ketam dengan udang.

Dalam gambar di atas antara kandungan dalam menu anda. Satu kepala rm30 Dan minimum tempahan adalah 2 orang dewasa. Kanak-kanak adalah percuma. Pilihan minuman hanyalah air sirap dan air asam boi. Refill adalah percuma. Setiap tambahan nasi adalah rm2.
Seronok juga makan berjemaah seperti ini. Anak-anak kemain seronok lagi. Soalan yang kerap keluar
"Mama kenapa kita tak makan dalam pinggan?"
"Inilah style "shell out"
Mungkin anak-anak belum faham. Mama pun tidak tahu nak jelaskan macam-macamana.

Jadi jom bawa keluarga anda ke sini.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig; Shaklee_by_yatty
Email:noorhayatiarahim@gmail.com
WhatsApp:0173737174

Tuesday 21 March 2017

Cramp ketika hamil

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sementara menunggu nombor dipanggil untuk temujanji doktor sempat saya menulis di sini.
Minggu-minggu terakhir sebelum melahirkan ini saya diserang cramp kaki di tengah malam sebanyak dua kali. Setahu saya cramp terjadi kerana kurangnya pengambilan kalsium dari diet. Saya mengaku saya memang tidak suka minum susu. Kerana kesibukan seharian melayan anak-anak juga kadang saya lupa untuk makan pil Kalsium sebelum tidur dan sebenarnya kalau sudah baring liat mahu bangun menelan pil Kalsium. JANGAN ditiru kemalasan saya ini.

Berbalik kepada pengalaman diserang cramp kaki baru-baru ini menyebabkan saya langsung tidak boleh berdiri dan berjalan. Suami tidur di ruang tamu bagi menemani anak-anak yang takut tidur sendirian di bilik mereka. Sakitnya Allah sahaja yang tahu, menangis sudah tentu dalam nak sampai keluar pintu bilik untuk memanggil suami.

Sempat mencapai minyak panas dan suami membantu melegakan dengan menyapu minyak panas. Lama juga masa diambil untuk kesakitan itu hilang. Kejadian itu menjadikan saya insaf sekejap untuk mengambil pil Kalsium secara konsisten. 2 hari lepas ia terjadi lagi sebab kepenatan pulang dari kampung menyebabkan saya terus tidur apabila tiba di rumah tanpa mengambil pil Kalsium. Akibatnya malam itu diserang cramp lagi sekali tetapi tidak seteruk sebelumnya. Selepas dibantu saya merasa sedikit lega.

Antara faktor kaki cramp juga kerana tidur di bawah kipas dan tidak berselimut. Kaki menjadi sejuk dan paling baik tidur dengan mengenakan stokin. Dengan memakai stokin ia akan menyimpan haba di kaki sekaligus menghalang kaki menjadi sejuk yang menyebabkan terjadinya cramp.

Pil Kalsium yang saya amalkan ialah Ostematrix Shaklee. Ia memang sangat membantu saya sekiranya diambil secara konsisten. Yalah sekarang kita berkongsi kalsium berdua dengan bayi dikandung. Jadi bekalan seharian perlulah cukup.
Wanita dan lelaki memerlukan 1000mg Kalsium sehari.

Antara manfaat lain Ostematrix ini membantu ibu hamil yang mengalami sembelit. Ia melembutkan najis dan membantu dalam pengecutan otot in Shaa Allah.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: shaklee_by_yatty
Email:noorhayatiarahim@gmail.com
Whatsapp: 0173737174

Food Truck pilihan pelanggan

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Pulang ke kampung di Kuantan baru ini, sempat membawa ibu dan ayah saya bersantai di Food Truck Kuantan selepas kami melawat nenek saudara di Hospital Tengku Ampun Afzan (HTAA).

Food Truck ini bertempat di bangunan Maybank lama berdekatan Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan. Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menarik terdapat di sini. Menarik juga duit nak keluar dari purse sebab semuanya tertarik menarik.

Kebetulan kami sampai, terdapat tiga Food truck di situ. Food truck pertama menjual pelbagai pilihan air seperti 'ice blended' pelbagai perisa, cendol dan air buah-buahan.

Food truck kedua ada masakan masakan panas seperti kiew tiau goreng, char kiew tiau udang kerang dan macam-macam lagi. Sempatlah saya dan ayah merasa char kiew tiau kerang udang melimpah mereka. manakala Food truck ketiga menjual air berasaskan kelapa seperti coconut shakes.

Saya perasan sekarang berniaga menggunakan Food truck lebih popular. Iya dulu biasa sahaja peniaga meniaga menggunakan Food truck berwarna putih itu. Tapi sekarang Food truck dihias dengan lebih menarik yang menjadi tarikan pembeli untuk datang mencuba.

Di Melaka juga terdapat Food truck yang lebih kepada makanan barat iaitu di Masjid Tanah bersebelahan bangunan Mara. Ia dibuka pada hari Sabtu. Dan tempatnya boleh tahan meriah dengan orang ramai dan dihiasi lampu berwarna warni.

Jom kita sokong peniaga Melayu kita.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: Shaklee_by_yatty
Email:noorhayatiarahim@gmail.com
Whatsapp:0173737174

Monday 20 March 2017

Pengguna Shaklee lebih sihat

Si kembar yang semasa kecilnya sangat sama dan sukar dibezakan.

Ketika berumur 69 tahun ketara perbezaan mereka antara Mary yang telah mengamalkan suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun berbanding kakaknya yang tidak mengamalkan sebarang suplemen.

Situasi ini boleh diaplikasi oleh isteri yang bersuami muda.
Silalah amalkan suplemen sebelum dirimu kelihatan bertambah2 berusia dari suami😅

Cakap pasal diri sendiri sebenarnya😉😉😉

Sunday 19 March 2017

Landmark Study Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Landmark Study



Landmark study (Kajian Unggul) dijalankan oleh kumpulan pengkaji dari University of California Berkeley melalui pemeriksaan darah dan ujian kesihatan ke atas 3 kumpulan iaitu
💟mengamalkan suplemen Shaklee lebih 20 tahun
💟mengamalkan suplemen selain Shaklee
💟tidak mengamalkan sebarang suplemen

Segala data dikumpul dan di analisis oleh UC Berkeley dan Shaklee tiada akses kepada data tersebut.

Sekalipun jika ada penemuan yang tidak berpihak kepada Shaklee keputusan akan tetap diterbitkan selepas melalui 'peer reviewed'. Orang kata tindakan berani mati tu woo.

Landmark Study ini lulus peer review dan diterbitkan dalam Nutrition Journal, 2007.

Kajian dilakukan oleh pihak akademik yang tiada kaitan dengan Shaklee.

Sebab itu Shaklee berani menggunakan motto
SAFE.PROVEN.EFFECTIVE😍




Alhamdulillah saya bangga menjadi sebahagian dari Shaklee. Produk berkualiti dan terbukti keberkesanannya in Shaa Allah😍

Untuk bacaan lanjut boleh klik di sini Landmark Study



Facebook: Noorhayati Abdul Rahim

Ig; Shaklee_by_yatty

Email:noorhayatiarahim@gmail.com

WhatsApp:0173737174

Vitalea pembekal Tenaga

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Semalam kami pulang ke kampung halaman  saya di Kuantan. Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam disertai trafik yang perlahan. Yalah cuti persekolahan baru sahaja bermula, jadi semua orang keluar baik untuk pulang ke kampung ataupun bercuti.

Setibanya di Kuantan kami singgah makan tengahari dahulu di tepian pantai Taman Gelora. sebenarnya tidak sampai 5 minit pun nak sampai ke rumah ibu bapa saya. sebab kami pulang tanpa memberitahu mereka, konon nak buat kejutan, takut kami yang dapat kejutan tiada makanan tengahari.😍

Sedang kami makan tiba-tiba suami meluahkan rasa,

"Drive kali ni tiada berhenti tidur di mana-mana yer, terus sampai Kuantan. Badan pun tak letih dan mengantuk"

Kebiasaannya dalam perjalanan suami akan berhenti di Petronas Muadzam Shah untuk berhenti tidur sebentar selepas keletihan memandu. Mungkin juga kami bertolak pagi, badan masih segar.

Saya pun bertanyakan suami,
"Abang ada makan Vitalea ke?"

"A'ah" jawab ambil suami mengangguk kepalanya.

Baru saya teringat minggu lepas saya ada siapkan tablet Vitalea untuk keperluan 2 minggu di dalam pillbox. Kebetulan pillbox ber'keychain' ini kami dapat percuma semasa menghadiri Shaklee National Conference bulan lepas lalu digantung pada beg sandang suami.

Bermanfaat juga pillbox ini. Suami akan sentiasa nampak dan mengingatkan dia untuk makan suplemen dengan konsisten. Janganlah kita sahaja mahu sihat bertenaga,suami pun perlu sihat bertenaga dalam menjaga keluarga. In Shaa Allah.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com
0173737174



Saturday 18 March 2017

Memilih suplemen terbaik


Petikan akhbar pada tahun 2012 2.6juta penduduk menghidap Diabetes atau kencing Manis. Bagi 2017 berapa pula bidangnya? Satu jumlah yang sangat besar.

Zaman kini orang sibuk mencari duit demi keselesaan dan kelangsungan hidup keluarga yang kadangkala menyebabkan mereka tidak menitikberatkan pemakanan dan nutrien yang mereka ambil daripada diet seharian.

Apabila mencari makan pula adakah yang ingin periksa atau semak berapa kalori yang diambil, berapa kandungan kolesterol, tinggi atau rendah serta berapa kandung protein, karbohidrat dan mineral yang diperlukan badan?

Di sinilah sebabnya kita memerlukan suplemen bagi mengatasi masalah-masalah seperti di atas seperti
💟kekurangan nutrien ataupun
💟terlebih nutrien

Tidak perlu susah payah nak kira. Baca sahaja label pada botol suplemen. shackles sudah tolong kirakan untuk kita.

Contoh Kalsium perlu diambil sebanyak 1200mg sehari. Jadi daripada sumber Kalsium shaklee iaitu Ostematrix kita tahu berapa biji Kalsium yang kita perlu makan sehari.
1tablet bersamaan 250mg Kalsium
Jadi kita perlukan 4biji Kalsium sehari.

Pengambilan suplemen pun bukan main beli sahaja di farmasi. Carilah yang berkualiti dan meningkatkan  kualiti kesihatan. Diuji secara saintifik adalah bonus seperti produk Shaklee.

Bersepah suplemen di pasaran yang kita tidak tahu keberkesanan dan kualitinya. sebagai contoh Omega kebiasaan diamalkan untuk menurunkan bacaan kolesterol. Tetapi perlu diambil perhatian pada kandungan DHA dan EPAnya. Bukan apa, dikhuatiri nanti terbeli yang penuh dengan minyak filler sahaja. Lagi malang kalau ia tercemar dengan toksik seperti Plumbum.

Apa minyak filler tu? Boleh merujuk kepada Doktor Hafiz iaitu Dr pemakanan di Facebook beliau.

Jadi pilihan di tangan anda👍

Friday 17 March 2017

Produk Shaklee diuji secara saintifik

Dahulu semasa di universiti, terutamanya aliran Sains, di akhir tahun perlu buat kajian di makmal serta keputusannya perlu dipersembahkan di hadapan beberapa orang pensyarah. Perlu juga menulis tesis dan terbitkan dengan merujuk pensyarah dan jurnal-jurnal terbitan terdahulu. Kemudian baru anda layak bergraduasi..

Begitu juga dengan Shaklee yang menerbitkan lebih 100 kajian penyelidikan saintifik. Saintifik secara umum bermakna berfakta, ada bukti dan bukan sekadar bercakap secara lisan semata. Baru produknya 'layak' dipasarkan kepada pengguna.

Ingin makan suplemen pun perlu ada ilmu, bukan ikut-ikut cakap orang sahaja.

Pernah saya membeli beberapa kali produk jenama lain sebab ikut-ikut cakap orang. Bila barang sampai depan pintu, saya akan tengok bahan-bahannya pula pada kotak produk tersebut. Tidak kenal tidak mengapa boleh Google satu per satu. Barulah tahu ada yang memberi kesan negatif dalam jangka panjang seperti kanser.

Nak makan atau guna boleh, memang cantik kulit. Tetapi kena berani menanggung risiko jugalah pada masa akan datang. Ada berani?

Jadi belilah yang selamat dan diyakini kualitinya in Shaa Allah💪💪💪

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: Shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com

Thursday 16 March 2017

Supplemen Shaklee


Kajian dari Universiti  Bekerley, US pengambilan suplemen dalam jangka masa panjang dan konsisten mengurangkan risiko penyakit kronik.

Universiti Bekerley juga yang buat 'landmark study' untuk membandingkan antara 3 golongan..
 💟pengamal suplemen Shaklee lebih 20 tahun
💟pengalamal suplemen jenama lain
💟yang tidak mengamalkan suplemen

Hasil kajian sudah tentu pengamal Shaklee memperoleh kualiti kesihatan PALING BAIK berbanding 2 golongan lagi..

Dan paling mengejutkan😱 kualiti kesihatan golongan yang TIDAK mengamalkan suplemen adalah lebih baik berbanding yang mengamalkan suplemen jenama lain..

Jadi pilihlah suplemen yang terbaik, diuji secara saintifik dan berkesan💪💪💪

Ingin cuba Shaklee? 
0173737174
Noorhayati Abdul Rahim

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...