Tuesday 6 June 2017

Ubat Tahan Sakit Gigi

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

[Ubat tahan sakit untuk ibu menyusu]

Baru-baru ini saya ke Klinik Pergigian swasta. Sementara menunggu ubat bius bekerja, saya berborakla dengan doktor.

Saya:
"Saya menyusukan anak doktor, saya pergi klinik kerajaan tapi kena tunggu temujanji minggu depan. Saya kesian kat anak kalau saya banyak makan antibiotik dan ubat tahan sakit nak sampai ke minggu depan. Harap setel hari inilah. (cabut gigi)"

Doc:
"Ok kita tengok boleh tidak setel hari ini"

Sambil itu doktor menyiasat ubat apa yang saya dapat. Saya dapat antibiotik Amoxycillin warna purple kelabu dan ubat tahan sakit Mefenamic Acid warna biru kuning.

No automatic alt text available.

Doc:
"Antibiotik itu tiada masalah boleh ambil, cuma ubat tahan sakit tu puan tak bagitahu ke puan menyusukan baby. Sebab ubat tu akan masuk ke saluran susu ibu. Bila baby minum dibimbangi baby kene cirit-birit atau naik alergi. Sebab baby kita tak tau macamana respon dia dengan ubat kita ambil.

No automatic alt text available.
Saya:
"Saya baru makan 2x ubat tahan sakit ni semalam doktor. Buat masa ini baby xde simptom camtu. Cume saya ada buat stok susu jadi terpaksa buangla."

No automatic alt text available.

Kemudian doktor cuba mulakan rawatan. Setelah beberapa kali bius saya masih merasa sakit. Sebab kuman akibat jangkitan itu masih ada. Antara ilmu baru yang saya dapat arini. Selagi sakit bermakna jangkitan masih ada dan kita perlu teruskan makan antibiotik sekurang-kurangnya 3 hari.

Jangkitan akan menghalang ubat bius daripada bekerja sepenuhnya. Akibatnya semasa rawatan sedang berlangsung kita akan alami rasa sakit. Di akhirnya saya tidak dapat meneruskan rawatan dan perlu menghabiskan antibiotik selama 5 hari dulu bagi mematikan kuman dahulu.

Berbalik kepada ubat tahan sakit tadi, doktor memberitahu hanya Paracetamol yang selamat untuk ibu menyusu kerana ia tidak akan masuk ke saluran susu dan terus ke sistem perkumuhan kita.

2 ilmu saya dapat hari ini, ubat tahan sakit yang selamat untuk ibu menyusu dan jangkitan menghalang ubat bius bekerja secara optimum.

Moga ilmu ini bermanfaat untuk anda juga yang berstatus ibu menyusu.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...