Saturday 11 November 2017

Cabut gigi dalam pantang?

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Post ni pun sama dah lama taip tapi hari ini baru berkesempatan nak edit.

Semalam mc sebab dirrhea dan muntah2. Pada masa yang sama sakit gigi dari dalam Pantang aritu masih terasa sebab penakut nak pergi cabut gigi.


Akibat bertangguh sokmola sakit berulang. Jadi petang semalam buat keputusan nak juga ke klinik gigi sebab kesian kat baby bila asyik amik ubat tahan sakit apabila tak tahan sangat. Paling kurang pun doktor bagi antibiotik untuk seminggu. (Bila lepas seminggu tak sakit aku mulala mengelat lagi takut p klinik).


Sampai-sampai klinik tutup sebab waktu makan tengahari. Mulala ajak encik suami yang meneman tu balik, badan pula rasa lemah lagi akibat dirrhea. Tapi encik suami tak layan. Alang-alang sampai tunggu jela kejap katanya. Sempat jemput Asfa anak nombor dua dari tadika dulu. Itu semua alasan si penakut.


Bila nama dah naik, doktor sudah buat pemeriksaan dan cerita sedikit sejarah sebelum ini sudah 2 kali amik antibiotik. Klinik swasta sekali, klinik kerajaan sekali. Doktor pun cakap,

"Ok kita cabut sekarang"


"Hah bukan bagi antibiotik dulu ke doktor? Kalau sakit tak boleh cabut kan?"


"Eh boleh jer, saya tak suka bagi antibiotik tak elok nanti kuman itu sudah resistance"


"Hurm kalau bagi antibiotik dulu tak boleh ke doktor?"


"Takpe kita cuba dulu yer, kalau tak boleh kita postpone "


"Okla kita cuba dulu"


Masa Rawatan tu memang ada sakit sikit walaupun da bius, tapi sakitnyer masih boleh tahan, dan yang paling best prosesnya kejap je pun. Xpadan dengan 3 bulan aku takut. Wahaha


Tapi malam tadi menangis juga bila tiba-tiba kesan bius abes. Rasa gusi bagai dihiris-hiris dan sakit hingga ke kepala. Lepas telan paracetamol sebijik baru boleh tidur.


Pagi ni whatsApp guru besar awal-awal tak boleh nak kerja lagi. Pagi ni telan Ostematrix 4 Biji pagi -pagi sebagai ubat tahan sakit yang selamat in shaa Allah.

Itulah sedikit pengalaman si penakut seperti saya. hihihi


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka

adi. Kurangla juga berbanding

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...